Followers

Wednesday, June 16, 2010

suami atau family....

kebelakangan nie banyak sangat masalah yang datang sampai tak de masa nak upload gambar untuk farhana collection, nak update blog even dah tak de masa nak pergi gym....

Kali nie memang rasanya dah tak larat nak handle.Biasanya aku hanya berdiam diri tapi kali ini aku akan luahkan segalanya.Masalah ngan family satu hal, ngan kawan satu hal..... ngan anak lagilah hebat!
Ya Allah, begitu hebat ujian yang kau bagi kat aku! Dapat tak aku harungi nya.... Adakalanya aku hanya akan terus pendamkan sahaja perasaan aku tapi kali nie aku dah tak larat.... aku perlu luahkannya..... biarlah kalau nak terasa or whatever aku perlu luahkan juga tapi kenapa aku tak boleh luahkan pada mereka! mungki masih ader lagi rasa sayang... so hanya di sini aku dapat katakan.
Baru2 ni suamiku bergaduh dengan kakak aku! kakak aku!.... kenapa? kerana dia pukul anak aku kerana baling mainan kat anak dia! Suamiku nampak dan segalanya bermula...... tapi entahlah...mungkin sebab sikapnya yang amarah sehingga tercetusnya pergaduhan yang besar melibatkan ayahku,mak ku dan jugak makcik ku yang kebetulan di rumahku.... Aku... ader kat office ketika kejadian.... Hish.... Ya Allah.... kenapalah kau uji aku begini sekali..... mana harus aku pilih...suamiku atau familyku?
Kalau lah aku ni seorang sasterawan... mungkin kisah hidupku ni boleh dijadikan sebuah novel!... tapi siapalah aku!... Saat aku memerlukan seseorang sahabat!... tiada yang muncul! mungkin aku perlu hadapinya sendirian......So aku banyak habiskan masa menonton wayang sendirian..... bersama anak2ku demi menghiburkan hatiku sendiri!...
Entahlah sampai bila dapat bertahan..... hari2 kena mengadap muka semua orang memandangkan aku masih tinggal bersama family aku..... tapi mungkin tak lama lagi aku akan pindah kerana aku rasa tugas aku dah selesai.... adik2ku dah habis sekolah.... makku mungkin dah boleh menarik nafas setelah adikku tamat sek.... tapi sekarang nak masuk u pulak..emm... tapi aku rasa sudah tiba masanya aku 'melepaskan' keluarga ku ........

No comments:

Post a Comment