Followers

Monday, June 28, 2010

Hari isnin yang suram

Bila muncul aje hari isnin biasanya akulah yang akan bangun paling awal, maklumlah hari isnin adalah hari test jpj, so aku kena prepare student yang nak pergi test.... Tapi hari nie aku rasa malas sangat...sangat. Tak taulah kenapa dengan aku hari nie. Mungkin mind aku dah set coz semalam aku dah suruh assisstant hubby untuk hantar student so hari nie aku bangun pukul 8...tapi bila bangun badan pun rasa sakit.... nipun still rasa sakit lagi.
Sepatutnya hari nie aku pergi gym, tapi tak pergi jugak... aku boleh lepak2 baca suratkhabar... lepas nie nak ambik Amieleen pukul 12 ..... Maybe selepas tue nak lelapkan mata kejap.. boleh ke?
Dekat luar pun mendung semacam so... maybe kalau tak buat apa nak tidolah kejap lagi!
Zzzzzz

Thursday, June 24, 2010

bertegur sapa

Setiap pagi masing2 ada rutin untuk ke sekolah or tempat kerja. Biasanya kakak ku dan anak2 dia akan bangun pagi dahulu.... tapi entah kenapa lately ni aku selalu bangun awal so kadang2 bertembung juga memandangkan rumah bukanlah besar sangat.... bila nak pergi bilik air mesti lalu depan bilik aku!
Tapi aku masih lagi tak bertegur sapa dengan dia sejak insiden hari tu....
Adakah aku yang salah atau dia?.... adakah aku yang patut mulakan atau biarkan saja?. adakah aku patut mengalah?...
Aku rasa biarlah ia berlalu...............

Wednesday, June 23, 2010

malam rabu....

Aku rasa malam tadi adalah yang paling bahagia.... Kenapa? entahlah mungkin sedikit masalah yang aku tanggung dapat aku luahkan walaupun hanya dalam telefon... thanks friend...and because of that aku rasa lebih 'ringan' sedikit...
Yang pasti aku akan cuba..... but seperti aku cakap, aku tetap lemah!... tapi aku akan cuba untuk buat orang lain bahagia.. sekiranya kehadiran aku dapat membahagiakan orang disekelilingku .... PASTI aku akan lakukan!
Selain itu aku rasa amat bahagia bersama suamiku, dan anak2ku yang semakin 'nakal' tapi itulah hiburan buatku. Dan setelah lama tak aku dengar ucapan ' saya sayang kat awak sorang aje' semalam suamiku melafazkannya semula.... emm takut jugak tapi aku pun malas nak tanya banyak2 ...biarlah ucapan itu berakhir disitu.... Yang penting saya pun sayang kat awak sorang....
Apapun aku rasai bahagia sedikit demi sedikit datang mendekati aku.....

Tuesday, June 22, 2010

penatnya...

Aku cuba untuk membahagiakan semua orang.... sehingga kadang2 aku pun rasa tak larat! tapi tak pelah bukannya selalupun..... aku cuma inginkan yang terbaik untuk family aku....

Monday, June 21, 2010

BBQ............

Aku baru dapat message kawan2ku @ reality nak plan buat bbq... Perlukah aku ada atau tak?... kalau nak ikutkan hati rasa hari nie pun aku nak jumpa diorang tapi... waktu sekarang nie... aku tak pasti adakah aku mampu bertemu dengan mereka...
Setelah apa yang terjadi aku takut aku tak mampu nak bertentang mata specially dengan farezah! aku takut nanti aku tak dapat nak tahan gelodak kat hati aku...... aku marah lagi ke sakit hati nie... ataupun nanti akuu... akan menangis....
For sure aku akan menangis... bila nanti nak cerita biasalah.... bila dah jumpa kitaorang akan ada banyak ceritera yang dah disediakan untuk diceritakan....dan aku tak nak cerita yang sedih 2 coz tak lama lagi shifa pun nak pergi sambung belajar. So aku kalau boleh nak dia dengar all about the happy story, dan nak dia ingat moment kita sebelum dia pergi.....
Maybe aku rasa aku takkan jumpa korang semua sekaligus but maybe aku akan jumpa bila aku dah ready... but for shifa maybe aku jumpa before kau pergi...ala malam boleh tak kalau jumpa kau kat rumah kau memandangkan aku nie suka jalan2 waktu malam... itupun kalau tak ganggu kau!....
Apapun nanti aku bagitau kalau aku join or tidak okay.... but aku akan buatkan eton punya mee soup and hantarkan...... Maybe melalui somebodyelse.....

Sunday, June 20, 2010

wayang untuk tenangkan fikiran....

Aku lebih banyak habiskan masa aku dengan anak2ku buat masa ini.... dan aku rasa itulah yang terbaik.... Biasanya musim cuti aku dan family biasanya bercuti tapi sekarang... masing2 punyai masalah sendiri... biasalah duit arr, masalah, nak kena ambik cuti lah... dan macam -macam lagi reason yang kadang2 buat aku malas nak ajak ke mana2 lagi.So aku hanyalah habiskan masa aku dengan anak2 saja.
Aku rasa pekerja kat gsc mid valley pun kebanyakkannya dah kena dengan aku...dan ofcourse anak2 aku yang becok dan keletah nie.... asal ada cerita baru akulah orang yang pertama tengok show... first show pulak tu yang paling awal.... pagilah tue selepas aku settle kerja kat opis.... arrangekan student untuk kelas dan praktikal.... biasanya hari khamis aku akan ada kat sana seawal 10 pagi... dan aku tak payah nak beratur untuk membeli tiket kerana kebanyakkan pekerja mereka student yang ambik lesen dengan hubby aku so aku hanya pergi dekat gold class lane... an waalllaaa... the ticket is mine....macam dalam iklan....
kalau dulu aku biasanya tengok wayang dengan family yang ramai... biasalah beli tiket sampai 13... penuh satu row seat untuk aku saja but now hanya 2 seat aje.... aku,amieleen dan aimier duduk dengan aku since dia tak nampak kalau duduk sendiri.... Itulah yang aku kena hadapi setelah berusia 31 tahun... family semakin jauh... kawan pulak sibuk dengan kerja... dan aku tetap macam dulu kerja but flexsible....( betul ke aku eja) .
Macam mana kalau Amieleen dan Aimier dah besar.... Macam mana aku!

Saturday, June 19, 2010

true friends............

Aku sungguh bertuah memiliki 5 orang sahabat sejati .............

Shifa faizal.... telah berkahwin, mempunyai seorang putera yang sungguh comel, little Armand dan sorang suami yang terima dirinya seadanya dan menyayangi dirinya Ahmad Esa. Aku rasa shifa beruntung sebab esa faham diri dia..... n dia tak perlu selalu memasak coz esa pandai masak.... chef lah katakan... and shifa , aku rasa life dia dah complete coz dah 'berjaya'... kerjaya bagus, family bahagia.... and aku happy sangat!
Farezah Azalea.... telah berkahwin, mempunyai seorang puteri yang tembam.... hehehe... Tun Zara Sofea.... wah kecik2 dah jadi tun.... dan ofcoz warisan dari suaminya...Tun Mahfudz... betul ke aku eja nie... Aku rasa farezah pun 'bahagia' kerana dapat bersama orang yang dicintainya setelah lebih 10 tahun bercinta.... kalah aku nie....dan aku sentiasa doakan kebahgiaan minah nie sehingga akhir hayat.....p/s: ada hati nak jodohkan zara ngan little armand... emm..... bagus gak but i think takut anak bila dah besar nanti tak setuju lak....
Siti Amiha Ayu.... yang sentiasa ayu di mata aku....single but aku tak taulah samada available or tak? tapi aku rasa dia ni lambat lagi kot nak 'berdua'.... takpelah ayu... kau sentiasa ada aku!... Ayu nie... sentiasa cuba meyenangkan orang lain walaupun adakalanya dia yang susah... betulkan yu...apapun aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau.... beruntung sapa yang dapat minah ni.....
Rozaitul Fadilah.... Eton, walaupun aku tak selalu ngan kau...tapi aku tau kau sorang minah yang jujur...or lurus bendul!... asyik kena main aje ngan lelaki2 yang tak guna.... mainkan perasaan okay! eton nie .... sorang yang happy go lucky, mudah mesra dan aku harap dia akan temu jodoh yang terbaik.... untuk diri dia!..Calon maybe dah ada tapi kena pilih ye eton! apapun aku sayang kat kau......muah...muahhh....
Shida Royani.... Hishh... minah ni masa sekolah dulu dia yang paling rapat ngan aku coz dia tinggal ngan aku memandangkan rumah dia jauh kat subang untuk berulang alik pergi sekolah..... tapi bila dah habis sekolah dia yang paling jauh dari aku...'jauh' tu tak lah sampai tak jumpa langsung tapi memang susah nak jumpa dia..... dia pun dah jadi stewardess betul ke aku eja.... so terbang sana terbang sini tapi satu servenior pun tak de!!!!! berita terbaru aku ingat dia dah bertunang tapi tak taulah... blum ada comfirmation...so nanti kita cerita lagi pasal minah sorang nie....

Apapun inilah serba sedikit cerita pasal best friend yang aku ada....aku nak diorang tau... aku sayang kat korang... sayang sangat sehingga akhir hayat.... ehh... ayat macam nak mati aje .... alamak takut.... doakan aku panjang umur untuk korang n family aku!...muahhhhh infiniti...

p/s: izyani, zaila... pun best friend aku gak cuma dah lama tak jumpa... jom jejak kasih nanti...

Friday, June 18, 2010

Ops.... Sorry!

Maybe post aku yang sebelum ini ada menguris sesiapa dan aku minta maaf!... Bukan niatku untuk melukakan atau terus memperbesarkan lagi masalah cuma aku nak luahkan sahaja apa yang terpendam di hati ini.....
Aku tak berniat nak salahkan kau tapi aku tau kau juga serba salah seperti aku..... dan kau lagi teruk coz kau kena tinggal dengan 'mereka'.... tapi adakalanya inilah reality kehidupan....
kau dengan masalah kau dan aku dengan masalah aku... mungkin sebelum ini aku tak buat apa2 seperti yang semua orang kata tapi kali ini... aku luahkan sahaja apa yang dalam hati aku!
Aku akan luahkan disini memandangkan aku tak ada sesiapa yang sudi mendengar lagi! semuanya sudah ada kehidupan masing2 dan aku juga perlu terima hakikat yang aku juga perlu teruskan kehidupan aku.... jadi aku ambil keputusan hanya di blog akan aku tulis semuanya.... tiada lagi happy stories yang akan korang baca kecuali kehidupan yang aku lalui hari2.... Real story!
Aku happy dengan hubby, walaupun adakalanya gaduh but totally gaduh kejap saja coz bila nak tidur... usik2 sikit ...happy ending...esok start macam biasa..... but different with sister and friend..... biasanya ianya akan berlanjutan .... until entahlah.....and sometimes bila dah ok.... nanti gaduh balik n ungkit semula........
Semuanya telah terjadi....tapi aku rasa terluka sangat...sangat! Aku tak percaya, kau boleh kata macam tu....mungkin tak sengaja tapi as a friend .... good friend aku really tak sangka... entahlah bukan apa pun tapi aku terasa.... macam kau pun setuju dengan 'mereka'....sedangkan kalau aku kat tempat kau... mungkin aku takkan ambik tindakan macam tu..... Mak aku selalu bising suruh aku nasihatkan adik aku pasal bercinta nie.... n dia pun tak suka adik aku berkawan dengan mr x tapi takdelah aku sampai telefon and ceritakan semuanya kat kau... aper yang mak aku suruh aku tak sampaikan cuma aku pendam sahaja macam takde apa yang berlaku.... sebab aku takut akan merosakkan frienship kita...... Itulah tindakan aku dan aku rasa baik begitu..... walaupun ada kalanya mr x ada cerita pasal kau... aku buat tak dengar aja coz aku tau kawan aku!... tapi kau tak payahlah nak marahkan dia.....
Salah aku ke? mungkin aku perlukan masa yang lebih untuk melupakan semua yang berlaku tapi aku tetap sayangkan kau.....berapa keratlah kawan yang aku ada...... Itulah perasaan aku buat masa ini.... Dan aku juga tau kau juga terluka dengan apa yang terjadi dan itulah REALITI!....yang pasti aku akan cuba melupakannya seperti selalu tapi dapatkah aku melupakannya?.....
Mungkin akan mengambil masa yang lebih lama sebab kau orang yang aku sayang!

Thursday, June 17, 2010

segi tiga

Emm... macam maner nak mula.....
aku dan suamiku memang jenis yang tak suka balik rumah awal.... mungkin kerana masalah? taklah tapi memang kitaorang suka ambik angin malam setelah seharian bekerja. mungkin! so
nak dijadikan cerita adik aku yang kerja ngan aku....boyfriend dia adalah adik ipar bff aku.... susahkan....yes bila anything happen to them....
baru2 ni....seperti biasa lepas tutup opis aku dan suamiku ofcouse with anak2 jugak arr plan nak g i-city.... tapi spt biasa plan dia akan bertukar disaat2 akhir and dia nak pergi ke laguna park dulu tuk memancing!....dan nak dijadikan cerita kebetulan boyfriend adik aku ader n dia follow..... but all happen bila dah sampai kat laguna....
After all the sudden... aku dapat call dari bff aku.... and seperti biasa i'm happy but then... dia just tanya adik ipar aku ader ngan kau ke?....Uhh... aku ingat nak tanya pasal aku..... pas tu dia cakap ngan aku ko tak yah lah bawak dia ikut kau! .... tapi sebenarnya bukan aku yang nak bwk dia.... dia yang nak ikut.... so salah aku ke? n salah adik aku ke yang nak keluar ngan boyfriend dia!.. n my bff ckp ngan aku ko jangan lah nak galakkan diarg pulak!.... for your information aku tau dia couple setelah nak setahun diorg kawan...... n bila aku tau aku cakap better cari orang lain dari teruskan n banyak masalah....tapi bila dah jatuh cinta n cinta boleh but orang jadi gila.... dia teruskan jugak!
Apa yang aku boleh buat ialah aku hanya boleh nasihatkan adik aku.... n dia pun boleh buat keputusan sendiri since dia pun dah besar..so setelah discuss ngan hubby dia pun simpan pancing dia dan umpan yang telah dibeli 20.00 diberi kan budak2 yang ader kat sana....n terus nak hantar boyfriend adik aku but before that order burger for our dinner since nak balik cepat...no siakap stim, sotong goreng, sup ekor! so after dah siap...kita pun teruskan perjalanan untuk menghantar mr x pulang...
Setelah sampai kat rumah mr x, ayah nya dah tunggu kat rumah n dia cakap dengan hubby tolong jangan bawak anak saya keluar malam lagi.... omg hanya tuhan yang tahu macammana hubby aku menahan amarahnya.... yalah pakcik....n my hubby keluar n masih lagi boleh salam ngan orang tua tue.... as dia masih lagi rasa hormat!
tapi lepas masuk dalam kereta.... dia tanya apa semua nie? bila masa pulak saya yang ajak dia? ape semua nie.... n myy bff dari tadi tak henti2 sms semuanya nak salahkan adik aku! Aku rasa macam lah adik aku yang tergila2 kat mr x.... dah lah dik, carilah orang lain ... awak patut dapat yang lebih baik! itulah my hubby cakap ngan adik aku.... and my bff asyik cakap malangnya coz dia anak bongsu.... so what adik aku pun anak bongsu gak.... n dia taklah hina sangat!... cara kau cakap macamlah dia tue tak layak nak kawan ngan adik ipar kau tue!... that how i feelllll right now, until now its hurt! everyday aku tak boleh nak tido lena....walaupun kita dah ckp dlm phone...tapi aku tak boleh nak terus terang bila ckp ngan kau coz tak nak sakitkan hati ko spt mana sakitnya hati aku.....
now... i really feel bad about all this, my reallly good friend do to me like this n my family dah falling a-part aku rasa terseksa setiap hari..... but now bila dah luahkan maybe beban tu less sikit...
Apapun yang berlaku aku tetap akan sayang kat family aku n ofcouse bff aku.....ini hanyalah luahan hati aku dan bukan untuk sesiapa....hidup perlu diteruskan dan kali ini aku akan teruskan demi anak2ku....dan suamiku..........
Betul ke apa yang aku buat kali nie...............

Wednesday, June 16, 2010

suami atau family....

kebelakangan nie banyak sangat masalah yang datang sampai tak de masa nak upload gambar untuk farhana collection, nak update blog even dah tak de masa nak pergi gym....

Kali nie memang rasanya dah tak larat nak handle.Biasanya aku hanya berdiam diri tapi kali ini aku akan luahkan segalanya.Masalah ngan family satu hal, ngan kawan satu hal..... ngan anak lagilah hebat!
Ya Allah, begitu hebat ujian yang kau bagi kat aku! Dapat tak aku harungi nya.... Adakalanya aku hanya akan terus pendamkan sahaja perasaan aku tapi kali nie aku dah tak larat.... aku perlu luahkannya..... biarlah kalau nak terasa or whatever aku perlu luahkan juga tapi kenapa aku tak boleh luahkan pada mereka! mungki masih ader lagi rasa sayang... so hanya di sini aku dapat katakan.
Baru2 ni suamiku bergaduh dengan kakak aku! kakak aku!.... kenapa? kerana dia pukul anak aku kerana baling mainan kat anak dia! Suamiku nampak dan segalanya bermula...... tapi entahlah...mungkin sebab sikapnya yang amarah sehingga tercetusnya pergaduhan yang besar melibatkan ayahku,mak ku dan jugak makcik ku yang kebetulan di rumahku.... Aku... ader kat office ketika kejadian.... Hish.... Ya Allah.... kenapalah kau uji aku begini sekali..... mana harus aku pilih...suamiku atau familyku?
Kalau lah aku ni seorang sasterawan... mungkin kisah hidupku ni boleh dijadikan sebuah novel!... tapi siapalah aku!... Saat aku memerlukan seseorang sahabat!... tiada yang muncul! mungkin aku perlu hadapinya sendirian......So aku banyak habiskan masa menonton wayang sendirian..... bersama anak2ku demi menghiburkan hatiku sendiri!...
Entahlah sampai bila dapat bertahan..... hari2 kena mengadap muka semua orang memandangkan aku masih tinggal bersama family aku..... tapi mungkin tak lama lagi aku akan pindah kerana aku rasa tugas aku dah selesai.... adik2ku dah habis sekolah.... makku mungkin dah boleh menarik nafas setelah adikku tamat sek.... tapi sekarang nak masuk u pulak..emm... tapi aku rasa sudah tiba masanya aku 'melepaskan' keluarga ku ........

Saturday, June 12, 2010

malas...........

malasnya nak update..... musim malas nak taip dah mula...... tapi byk citer nk update

so esok start balik!