Followers

Monday, June 28, 2010

Hari isnin yang suram

Bila muncul aje hari isnin biasanya akulah yang akan bangun paling awal, maklumlah hari isnin adalah hari test jpj, so aku kena prepare student yang nak pergi test.... Tapi hari nie aku rasa malas sangat...sangat. Tak taulah kenapa dengan aku hari nie. Mungkin mind aku dah set coz semalam aku dah suruh assisstant hubby untuk hantar student so hari nie aku bangun pukul 8...tapi bila bangun badan pun rasa sakit.... nipun still rasa sakit lagi.
Sepatutnya hari nie aku pergi gym, tapi tak pergi jugak... aku boleh lepak2 baca suratkhabar... lepas nie nak ambik Amieleen pukul 12 ..... Maybe selepas tue nak lelapkan mata kejap.. boleh ke?
Dekat luar pun mendung semacam so... maybe kalau tak buat apa nak tidolah kejap lagi!
Zzzzzz

Thursday, June 24, 2010

bertegur sapa

Setiap pagi masing2 ada rutin untuk ke sekolah or tempat kerja. Biasanya kakak ku dan anak2 dia akan bangun pagi dahulu.... tapi entah kenapa lately ni aku selalu bangun awal so kadang2 bertembung juga memandangkan rumah bukanlah besar sangat.... bila nak pergi bilik air mesti lalu depan bilik aku!
Tapi aku masih lagi tak bertegur sapa dengan dia sejak insiden hari tu....
Adakah aku yang salah atau dia?.... adakah aku yang patut mulakan atau biarkan saja?. adakah aku patut mengalah?...
Aku rasa biarlah ia berlalu...............

Wednesday, June 23, 2010

malam rabu....

Aku rasa malam tadi adalah yang paling bahagia.... Kenapa? entahlah mungkin sedikit masalah yang aku tanggung dapat aku luahkan walaupun hanya dalam telefon... thanks friend...and because of that aku rasa lebih 'ringan' sedikit...
Yang pasti aku akan cuba..... but seperti aku cakap, aku tetap lemah!... tapi aku akan cuba untuk buat orang lain bahagia.. sekiranya kehadiran aku dapat membahagiakan orang disekelilingku .... PASTI aku akan lakukan!
Selain itu aku rasa amat bahagia bersama suamiku, dan anak2ku yang semakin 'nakal' tapi itulah hiburan buatku. Dan setelah lama tak aku dengar ucapan ' saya sayang kat awak sorang aje' semalam suamiku melafazkannya semula.... emm takut jugak tapi aku pun malas nak tanya banyak2 ...biarlah ucapan itu berakhir disitu.... Yang penting saya pun sayang kat awak sorang....
Apapun aku rasai bahagia sedikit demi sedikit datang mendekati aku.....

Tuesday, June 22, 2010

penatnya...

Aku cuba untuk membahagiakan semua orang.... sehingga kadang2 aku pun rasa tak larat! tapi tak pelah bukannya selalupun..... aku cuma inginkan yang terbaik untuk family aku....

Monday, June 21, 2010

BBQ............

Aku baru dapat message kawan2ku @ reality nak plan buat bbq... Perlukah aku ada atau tak?... kalau nak ikutkan hati rasa hari nie pun aku nak jumpa diorang tapi... waktu sekarang nie... aku tak pasti adakah aku mampu bertemu dengan mereka...
Setelah apa yang terjadi aku takut aku tak mampu nak bertentang mata specially dengan farezah! aku takut nanti aku tak dapat nak tahan gelodak kat hati aku...... aku marah lagi ke sakit hati nie... ataupun nanti akuu... akan menangis....
For sure aku akan menangis... bila nanti nak cerita biasalah.... bila dah jumpa kitaorang akan ada banyak ceritera yang dah disediakan untuk diceritakan....dan aku tak nak cerita yang sedih 2 coz tak lama lagi shifa pun nak pergi sambung belajar. So aku kalau boleh nak dia dengar all about the happy story, dan nak dia ingat moment kita sebelum dia pergi.....
Maybe aku rasa aku takkan jumpa korang semua sekaligus but maybe aku akan jumpa bila aku dah ready... but for shifa maybe aku jumpa before kau pergi...ala malam boleh tak kalau jumpa kau kat rumah kau memandangkan aku nie suka jalan2 waktu malam... itupun kalau tak ganggu kau!....
Apapun nanti aku bagitau kalau aku join or tidak okay.... but aku akan buatkan eton punya mee soup and hantarkan...... Maybe melalui somebodyelse.....

Sunday, June 20, 2010

wayang untuk tenangkan fikiran....

Aku lebih banyak habiskan masa aku dengan anak2ku buat masa ini.... dan aku rasa itulah yang terbaik.... Biasanya musim cuti aku dan family biasanya bercuti tapi sekarang... masing2 punyai masalah sendiri... biasalah duit arr, masalah, nak kena ambik cuti lah... dan macam -macam lagi reason yang kadang2 buat aku malas nak ajak ke mana2 lagi.So aku hanyalah habiskan masa aku dengan anak2 saja.
Aku rasa pekerja kat gsc mid valley pun kebanyakkannya dah kena dengan aku...dan ofcourse anak2 aku yang becok dan keletah nie.... asal ada cerita baru akulah orang yang pertama tengok show... first show pulak tu yang paling awal.... pagilah tue selepas aku settle kerja kat opis.... arrangekan student untuk kelas dan praktikal.... biasanya hari khamis aku akan ada kat sana seawal 10 pagi... dan aku tak payah nak beratur untuk membeli tiket kerana kebanyakkan pekerja mereka student yang ambik lesen dengan hubby aku so aku hanya pergi dekat gold class lane... an waalllaaa... the ticket is mine....macam dalam iklan....
kalau dulu aku biasanya tengok wayang dengan family yang ramai... biasalah beli tiket sampai 13... penuh satu row seat untuk aku saja but now hanya 2 seat aje.... aku,amieleen dan aimier duduk dengan aku since dia tak nampak kalau duduk sendiri.... Itulah yang aku kena hadapi setelah berusia 31 tahun... family semakin jauh... kawan pulak sibuk dengan kerja... dan aku tetap macam dulu kerja but flexsible....( betul ke aku eja) .
Macam mana kalau Amieleen dan Aimier dah besar.... Macam mana aku!

Saturday, June 19, 2010

true friends............

Aku sungguh bertuah memiliki 5 orang sahabat sejati .............

Shifa faizal.... telah berkahwin, mempunyai seorang putera yang sungguh comel, little Armand dan sorang suami yang terima dirinya seadanya dan menyayangi dirinya Ahmad Esa. Aku rasa shifa beruntung sebab esa faham diri dia..... n dia tak perlu selalu memasak coz esa pandai masak.... chef lah katakan... and shifa , aku rasa life dia dah complete coz dah 'berjaya'... kerjaya bagus, family bahagia.... and aku happy sangat!
Farezah Azalea.... telah berkahwin, mempunyai seorang puteri yang tembam.... hehehe... Tun Zara Sofea.... wah kecik2 dah jadi tun.... dan ofcoz warisan dari suaminya...Tun Mahfudz... betul ke aku eja nie... Aku rasa farezah pun 'bahagia' kerana dapat bersama orang yang dicintainya setelah lebih 10 tahun bercinta.... kalah aku nie....dan aku sentiasa doakan kebahgiaan minah nie sehingga akhir hayat.....p/s: ada hati nak jodohkan zara ngan little armand... emm..... bagus gak but i think takut anak bila dah besar nanti tak setuju lak....
Siti Amiha Ayu.... yang sentiasa ayu di mata aku....single but aku tak taulah samada available or tak? tapi aku rasa dia ni lambat lagi kot nak 'berdua'.... takpelah ayu... kau sentiasa ada aku!... Ayu nie... sentiasa cuba meyenangkan orang lain walaupun adakalanya dia yang susah... betulkan yu...apapun aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau.... beruntung sapa yang dapat minah ni.....
Rozaitul Fadilah.... Eton, walaupun aku tak selalu ngan kau...tapi aku tau kau sorang minah yang jujur...or lurus bendul!... asyik kena main aje ngan lelaki2 yang tak guna.... mainkan perasaan okay! eton nie .... sorang yang happy go lucky, mudah mesra dan aku harap dia akan temu jodoh yang terbaik.... untuk diri dia!..Calon maybe dah ada tapi kena pilih ye eton! apapun aku sayang kat kau......muah...muahhh....
Shida Royani.... Hishh... minah ni masa sekolah dulu dia yang paling rapat ngan aku coz dia tinggal ngan aku memandangkan rumah dia jauh kat subang untuk berulang alik pergi sekolah..... tapi bila dah habis sekolah dia yang paling jauh dari aku...'jauh' tu tak lah sampai tak jumpa langsung tapi memang susah nak jumpa dia..... dia pun dah jadi stewardess betul ke aku eja.... so terbang sana terbang sini tapi satu servenior pun tak de!!!!! berita terbaru aku ingat dia dah bertunang tapi tak taulah... blum ada comfirmation...so nanti kita cerita lagi pasal minah sorang nie....

Apapun inilah serba sedikit cerita pasal best friend yang aku ada....aku nak diorang tau... aku sayang kat korang... sayang sangat sehingga akhir hayat.... ehh... ayat macam nak mati aje .... alamak takut.... doakan aku panjang umur untuk korang n family aku!...muahhhhh infiniti...

p/s: izyani, zaila... pun best friend aku gak cuma dah lama tak jumpa... jom jejak kasih nanti...